1 Definisi Buli
Dari
sudut pandangan pakar buli di definisikan sebagai “Berlaku apabila pembuli
merasa seronok kerana sengaja mahu mencederakan mangsa, dimana terdapat
ketidakseimbangan kuasa dan berlaku berulang kali, dan akhirnya mangsa
tertindas atau tertekan” (Rigby, 2002 : 57). Ini menjelaskan bahawa pembuli
melakukan aktiviti ini hanya ingin keseronokan dan kuasa.
Secara umumnya, buli terdiri
daripada dua kategori yang besar iaitu buli fizikal dan buli psikologi . Buli
fizikal bermaksud mendatangkan kecederaan fizikal samada diluar anggota badan
ataupun organ dalaman manakala buli psikologi merupakan penyebab gangguan emosi kepada mangsa buli.
Selain dua kategori buli ini
terdapat beberapa cara buli yang dilakukan oleh pelajar sekolah antaranya
adalah buli bahasa yang bermaksud menggunakan lisan untuk menyakiti perasaan
pelajar lain dengan cara mengejek pelbagai panggilan, menyindir, berbisik-bisik,
membuat ancaman verbal dan sebagainya. Seterusnya buli isyarat yang merujuk
kepada menggunakan anggota badan meraka untuk membuli contohnya menjengil mata,
meludah, menggoyang punggung, menggunakan jari yang ada isyarat lucah dan
sebagainya. Buli perhubungan adalah amalan sengaja mengenepikan seseorang yang
tidak disukai. Buli ini banyak berlaku di antara pelajar
perempuan. Peras ugut
merupakan salah satu jenis buli contohnya meminta wang daripada mangsa,
mengambil makan, meminta menyiapkan
kerja sekolah dan membasuh dan menggosok pakaian pembuli setiap hari. Buli
siber juga merupakan salah satu jenis buli dengan cara menggunakan medium media
massa seperti Facebook, Youtube dan SMS
untuk mengancam perasaan dan kehidupan
mangsa supaya tidak tenteram.
No comments:
Post a Comment