Saturday, 12 April 2014

CARA MENGATASI MASALAH BULI

Didikan Agama
Dalam semua aspek permasalahan tingkah laku dalam kalangan remaja, sebahagian puncanya adalah kurang didikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan manusia kerana pendidikan agama membentuk sahsiah seseorang menjadi lebih baik. Apabila seseorang itu mempunyai didikan agama yang sempurna, masalah gejala buli ini tidak akan berlaku kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.
Antara pendidikan agama yang boleh diterapkan untuk menyelesaikan masalah sahsiah remaja ini adalah pendidikan agama daripada ibu bapa, pendidikan agama dan moral di sekolah dan pendidikan agama daripada media massa.



 Media Massa
Di zaman canggih ini televisyen, radio, internet dan media massa yang lain mudah untuk kita memperolehi ilmu keagamaan. Di Malaysia terdapat satu syarikat penyiran  saluran prabayar iaitu astro mempunyai satu saluran khas mengenai pendedahn pendidikan agama iaitu saluran Oasis. Saluran ini lebih mendedahkan pendidian agama, ceramah keagamaan, menyiarkan zikirullah untuk terapi jiwa dan sebagainya  Ini merupakan salah satu medium yang baik untuk semua masyarakat memperbaiki personaliti dan mendalami ilmu agama. Untuk penganut agama yang lain terdapat juga saluran kegamaan untuk mereke seperti saluran di Zee Variasi danVaanavil di Astro.
Apa yang ingin disampaikan disini adalah remaja boleh dibentuk sahsiahnya melalui pendedahan keagamaan di media massa. Ibu bapa dan guru-guru boleh menggunakan medium ini untuk mendorong mereka mencari identiti dan pembentukan sahsiah mereka.

Tidak dinafikan kebanyakkan remaja yang mengalami masalah tingkahlaku ini tidak berminat untuk menonton program sebegini. Di titik permulaan inilah guru boleh memainkan peranan dengan cara bercerita mengenai apa-apa program keagamaan yang ada di saluran tersebut didalam kelas. Contohnya berkongsi pendapat atau pandangan mengenai program Pencetus Ummah  dan program Imam Muda di saluran Oasis Astro. Sekiranya remaja tidak pernah menonton, tetapi apabila guru menbincangkan topik-topik yang dihujahkan oleh peserta didalam program tersebut sedikit sebanyak perasaan ingin tahu secara mendalam mengenai program itu akan wujud dalam jiwa mereka. Secara tidak langsung mereka akan menonton dan mengetahui ilmu keagamaan dari program itu. Peserta-peserta didalam program tersebut boleh dijadikan ikon kepada remaja supaya remaja boleh meniru gaya dan tingkah laku peserta tersebut





Mengetatkan Peraturan Dan Hukuman Sekolah
Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli.  Perlu  ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”.  Sesiapa yang  membuli, tanpa mengira apa pun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan sewajarnya seperi tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah.  Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli.  Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.   






.

No comments:

Post a Comment